Tajuk: Topeng Ilusi
Penulis: C. Gladiolus
ISBN: 978-629-7836-19-5
Halaman: 408
Berat: 500g
Saiz Buku: 5” x 7.5”
Tahun Terbitan: Januari 2026
Sinopsis:
|
Hidup Amalia dipenuhi dengan larangan. Ali, bapa Amalia yang garang dan mengongkong, menjadikan hidup Amalia sekadar berkisar antara kedai runcit, sekolah, sunyi dan impian yang tidak pernah diberi ruang dan peluang. Ada sesuatu yang tidak kena. Lebam di tubuh bapanya. Dan harta di kilang yang dimomokkan oleh orang-orang kampung. Rahsia yang semakin menyesakkan. Wajah yang kelihatan biasa, tetapi menyimpan niat tersembunyi. Apabila Irfan, jiran yang tampan dan penyayang serta Munirah, kawan karibnya hadir membawa harapan, Amalia percaya akhirnya dia menemui kasih yang selama ini dirindukan. Namun, dia baru sedar, selama ini dia dibayangi topeng yang penuh ilusi. Sedikit demi sedikit, kebenaran terbongkar. Tentang kebakaran yang meragut nyawa ibunya. Siapakah sebenarnya yang boleh dipercayai? Bapa yang membesarkannya? Lelaki yang disukainya? Atau kawan karibnya sendiri? Apabila topeng-topeng akhirnya tersingkap, Amalia harus memilih untuk terus hidup dalam dusta yang menyakitkan atau menerima kebenaran demi sebuah kebebasan. |