Judul : Solehah - Menjadi Wanita Pilihan
Penulis : Miftahul Asror Malik
Tahun terbit : Januari, 2026
Saiz (inci) : 5.25” x 7.5”
ISBN : 978-629-7836-17-1
Muka surat : 304
Harga : RM25.00/ 28.00
Berat (g) : 250g
Sinopsis :
Tidak perlu tunggu sempurna untuk menjadi yang lebih baik.
Kerana menjadi Muslimah solehah pada zaman moden bukan tentang siapa yang paling sempurna, tetapi siapa yang berusaha memperbaiki diri. Dalam dunia yang penuh tuntutan dan perbandingan, hati sering kelelahan mencari arah. Namun, di sebalik semua itu, Allah SWT sentiasa menyediakan ruang untuk kembali kepada-Nya.
Buku ini ditulis sebagai teman perjalanan buat Muslimah yang sedang belajar mengenali nilai diri, menjaga maruah, memperindah akhlak dan membina hubungan yang lebih dekat dengan Pencipta. Ia membimbing pembaca memahami kecantikan sebenar seorang wanita, peranan hijab sebagai pelindung, pentingnya menjaga pergaulan dan adab di dunia nyata mahupun maya, serta keperluan membina takwa dalam setiap aspek kehidupan.
Menjadi solehah bukan satu destinasi, tetapi sebuah perjalanan yang indah.