Tajuk : Sirah Nabi Isa AS - Dilahirkan Tanpa Bapa, Diangkat Tanpa Kematian
Penulis : Zul Aimran Omar
ISBN : 978-967-0078-83-0
Halaman : 192
Berat : 250g
Saiz buku : 5.5” x 8.5”
Tahun terbitan : Julai 2025
Sinopsis :
Inilah kisah luar biasa Isa ibn Maryam. Kelahiran baginda menggoncang kepercayaan, perjuangan baginda mengancam kekuasaan dan pengangkatan baginda ke langit menjadi misteri akhir zaman yang belum terjawab.
Dengan izin Allah SWT, baginda dikurniakan mukjizat seperti berbicara ketika masih bayi, menyembuhkan penyakit, menghidupkan orang mati serta menghidupkan burung yang diperbuat daripada tanah liat.
Namun di sebalik cahaya mukjizat tersebut, wujud konspirasi gelap yang mahu membungkam perjuangan baginda. Para agamawan dan pemimpin menabur fitnah sehingga sanggup mengadakan pakatan sulit untuk membunuh Nabi Isa AS demi melindungi kekuasaan mereka.
Buku ini bukan hanya menyelami detik-detik getir perjuangan Nabi Isa AS, malah turut menyingkap perjuangan para nabi dan rasul Bani Israel sebelum baginda serta tanda-tanda kiamat sebelum turunnya Nabi Isa AS ke dunia.