Tajuk : Sempurnakan Saf
Penulis : Dr. Rohaily al-Jawhary
ISBN : 978-629-7836-20-1
Muka surat : 384
Harga : RM30.00/ 33.00
Sinopsis :
Masjid bukan sekadar bangunan ibadah, tetapi pusat penyatuan jiwa dan iman umat Islam. Di situlah solat berjemaah menyatukan saf, iktikaf mendidik jiwa dan doa dipanjatkan dengan penuh pengharapan. Namun dalam keadaan tertentu, rumah juga boleh menjadi medan ibadah yang hidup apabila solat berjemaah dilaksanakan bersama keluarga, menghidupkan sunah serta menyemai roh kebersamaan.
Sempurnakan Saf merungkai persoalan-persoalan yang sering berlaku dalam solat berjemaah, yakni peranan imam, kedudukan makmum, perbezaan niat sehinggalah kesalahan lazim yang sering berulang di masjid, surau dan juga rumah. Dengan huraian yang berlandaskan dalil, pandangan ulama muktabar dan realiti semasa, pembaca dibimbing untuk menilai ibadah bukan sekadar pada tempat, tetapi pada penghayatan, adab dan niat.
Sesuai dijadikan rujukan harian, bahan pengajaran dan panduan pembetulan amalan, buku ini menghubungkan masjid dan rumah sebagai dua ruang tarbiah, supaya solat berjemaah, zikir dan ketaatan terus subur dalam kehidupan seharian.
Melalui naskhah ini, pembaca akan dibawa menelusuri:
- Fiqh masjid: Memahami adab dan hukum-hakam berkaitan rumah Allah SWT agar kita menjadi tetamu yang beradab dan tahu memuliakan syiar-Nya.
- Fiqh solat berjemaah: Memperincikan syarat sah, peranan imam dan makmum serta tatacara mendepani situasi khusus seperti masbuk, mufaraqah dan istikhlaf.
- Panduan praktikal dan adab: Memperkemas amalan sebelum, semasa dan selepas solat agar kualiti ibadah kita setanding dengan keagungan ganjaran yang menanti.