Tajuk: Saat Aku Kenal Itu Tuhan
Penulis: Farah Radzi
ISBN: 978-629-7836-13-3
Halaman: 280
Berat: 500g
Saiz Buku: 5.25” x 7.5”
Tahun Terbitan: Disember 2025
Sinopsis:
Kadang, Tuhan tak menghantar pelangi, tetapi Dia menghantar hujan, supaya kita belajar mencari teduh.
Ujian hadir bukan untuk melemahkan, tetapi untuk mengajar kita erti sabar, reda dan kebergantungan yang sebenar kepada-Nya.
S.A.K.I.T ialah perjalanan daripada luka yang perit menuju ketenangan yang hanya hadir apabila hati benar-benar berserah diri kepada Tuhan yang Maha Menyembuhkan.
Dan buku ini bukan tentang kesakitan semata-mata.
Ia tentang penemuan semula cinta Tuhan, di saat kita paling lemah, paling hilang, paling sunyi.
Dan di situlah, kita akhirnya kenal… siapa sebenar yang tak pernah meninggalkan kita.