Cart
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
NISKALA
1/ 7

NISKALA

Rahsia yang terpendam sekian lama kini bangkit semula
RM35.00 MYR
RM0.00 MYR
Quantity
Only 50 left
Volume Pricing
Quantity
Price
1+
RM35.00 MYR each
Worldwide shipping available
Secure payments
Trusted packing

Judul : Niskala
Penulis : Bahaduri Jati
Tahun terbit : Mei 2026
Saiz (inci) : 5.0” x 7.5”
ISBN : 978-629-7836-31-7
Muka surat : 424
Harga : RM35.00/RM38.00
Berat (g) : 400g


Sinopsis : 

Laila dan adiknya, Aira diculik dan dibawa lari ke sebuah pulau terpencil. Mereka dan mangsa-mangsa lain terperangkap dalam satu sindiket pemerdagangan orang, Black Fang yang bekerjasama dengan satu kumpulan mafia Rusia.

 Laila berjaya melarikan diri, tetapi dia diburu oleh ahli sindiket itu sehingga dirinya cedera parah. Dia terus melarikan diri tersesat ke sebuah kampung misteri yang dikenali sebagai Kampung Niskala. Di sebalik wajah polos penduduknya, tersembunyi satu rahsia yang telah dikuburkan sejak kejatuhan kota Melaka. Mereka bukan manusia biasa. Mereka adalah warisan terakhir Laskar Nirbayu, pendekar berkuasa luar biasa yang pernah menjadi senjata rahsia Kesultanan Melayu Melaka.

Laila diselamatkan dan diberi ramuan yang menjadikan dirinya mempunyai kuasa sama dengan penduduk kampung yang lain. Namun, penduduk yang lain telah bersumpah untuk tidak campur tangan lebih mendalam, jika tidak tulah Sultan Melaka bakal mengenai penduduk Kampung Niskala.

Apabila Biangkara, waris Aswara Hitam muncul, mereka tahu mereka tidak boleh lagi berdiam diri. Dia kembali ke kampung itu menuntut kembali dendam lama keturunannya yang hilang ditelan zaman.

Kini, satu perang yang telah lama dilupakan bakal tercetus semula.
Laila juga sedar, dia bukan sekadar mangsa, tapi dialah kunci kepada kebangkitan sesuatu yang lebih gelap.