Judul : Mari Berdoa Bersama Alif & Alya
Penulis : Panel Produksi Must Read
Tahun terbit : Mac 2026
Saiz (inci) : 7.5” x 9.5”
ISBN : 978-629-7836-22-5
Muka surat :82
Berat (g) : 200g
Sinopsis :
Apakah doa sebelum makan?
Apakah doa ketika masuk tandas?
Apakah doa sebelum tidur?
Bilakah waktu yang sesuai untuk berdoa?
Adik-adik dah hafal doa-doa di atas? Doa sebelum makan? Doa masuk tandas? Doa sebelum tidur? Segalanya adik boleh peroleh dalam buku ini.
Buku Mari Berdoa Bersama Alif dan Alya menghimpunkan doa-doa mudah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Buku ini turut disertakan dengan ilustrasi menarik dan aktiviti ringkas untuk membantu adik-adik mengingati setiap doa dengan lebih seronok.
Selain itu, adik-adik juga boleh belajar membaca dan memahami maksud doa melalui buku ini. Jom hafal sama-sama!
Wah, menarik kan buku ini?
Ayuh adik-adik, mari belajar berdoa dan amalkan setiap hari!
Kelebihan buku ini:
- Doa-doa harian lengkap dan mudah dihafal.
- Cerita mini dengan suku kata untuk membantu kanak-kanak membaca.
- Pesanan dan adab yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam amalan harian.
- Doa tracker yang boleh membantu ibu bapa menjejak bacaan doa anak-anak.
- Kod QR yang mengandungi audio bacaan doa untuk memudahkan hafalan.
- Dilengkapi juga dengan aktiviti yang menarik