Tajuk : Komik Sharif Masahor #1 – Memimpin Sarikei dengan Hikmah
Penulis : Dr. Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria & Dr. Yunus Sauman@Salbin
ISBN : 978-629-7836-08-9
Tahun Terbit : November 2025
Halaman : 104
Berat : 150 gram
Sinopsis:
|
Kekacauan yang berlaku dalam politik Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak menyebabkan kuasa Kesultanan Melayu Brunei di kawasan itu semakin longgar. Oleh itu, Pengiran Raja Muda Hashim, pemerintah Brunei pada ketika itu terpaksa memohon bantuan James Brooke bagi meleraikan kekacauan itu. James Brooke bukanlah seorang penjajah rasmi daripada British, tetapi beliau melihat ruang yang diberikan oleh Brunei sebagai peluang politik untuk meluaskan empayar dan kekuasaannya. Maka, muncullah seorang pahlawan dari bumi Sarawak, Sharif Masahor bagi membela dan memimpin rakyat dari penguasaan James Brooke yang semakin tamakkan kuasa dan hasil bumi Sarawak. Selaku Gabenor Sarikei hasil lantikan Sultan Brunei, Sharif Masahor tetap memimpin Sarikei dengan penuh hikmah dan tidak terburu-buru. Beliau yakin semua kaum adalah saudara dan mereka perlu bersatu untuk menewaskan musuh mereka, James Brooke. Komik Sharif Masahor 1 memaparkan kisah seorang pahlawan yang berjuang untuk menentang penjajahan Brooke di bumi Sarikei dengan hikmah, tetapi memberkas di hati semua rakyat. |