Tajuk : Rosli Dhoby #1 – Demi Panji Sarawak
Penulis : Syed Azharul Asriq
ISBN : 978-629-7836-01-0
Tahun Terbit : Oktober 2025
Halaman : 104
Berat : 150 gram
Sinopsis:
Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Charles Vyner Brooke, Raja Putih Sarawak yang terakhir berjanji untuk menyerahkan kembali pemerintahan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Namun, janji hanya tinggal janji apabila pemerintahan Sarawak diberikan semula kepada pihak British.
Ramai rakyat Sarawak tidak berpuas hati dengan penyerahan itu termasuklah masyarakat Melayu Sarawak. Maka, mereka menubuhkan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) bagi menentang penyerahan itu. Dari PPM itu, tertubuhlah pula satu kumpulan rahsia yang diberi nama sebagai Rukun 13, merancang untuk melakukan satu tindakan yang berbahaya. Muncullah seorang anak Melayu Sarawak yang berani untuk mengambil tugas berbahaya itu. Beliau ialah Rosli Dhoby.
Komik Rosli Dhoby 1 bakal membawa pembaca untuk menyelami api perjuangan rakyat Sarawak yang sekian lama ditindas dan dijajah oleh Empayar Brooke. Hanya seorang pemberani saja yang mampu untuk menggalas tanggungjawab itu.