Tajuk : Pawang Nong #2 - Pewaris Legasi Ilmu Kebatinan
Penulis : Syed Azharul Asriq
ISBN : 978-629-7836-02-7
Tahun Terbit : Oktober 2025
Halaman : 104
Berat : 150 gram
Sinopsis:
|
150g |
|
Dari Kuala Terbol hingga Bukit Batu, Pawang Nong bersama penduduk Ulu Cheka membuktikan semangat juang yang luar biasa, meskipun berlaku pertempuran pada bulan Ramadan. Pawang Nong bukan sekadar penghulu dan penjaga kampung, tetapi sebagai lambang keberanian orang Melayu menentang penjajahan dan ancaman komunis. Waris, saksi sejarah serta catatan British sendiri mendedahkan bagaimana ilmu kebatinan, ilmu kebal dan seni silat menjadi benteng terakhir maruah bangsa. Siri ini juga menyingkap peranan penting Pawang Nong sebagai saksi sejarah kemunculan semula Mat Kilau. Komik Pawang Nong 2 bukan sekadar catatan sejarah, tetapi renungan tentang sebuah nilai keberanian yang wajar dikenang sepanjang zaman. |