Tajuk : Mat Lela #1 - Sumpah Anak Pahang
Penulis : Dr. Shakila Che Dahalan | Prof. Dr. Khairi Ariffin
ISBN : 978-629-7836-03-4
Tahun Terbit : Oktober 2025
Halaman : 104
Berat : 150 gram
Sinopsis:
|
Pada penghujung abad ke-19, bumi Pahang mula retak akibat campur tangan British. Tanah yang subur dan rakyat yang hidup sederhana dirampas haknya atas nama cukai dan undang-undang asing. Di tengah gelora itu, lahir seorang anak muda dari Kampung Ulu Rakit bernama Mat Lela. Membesar dengan didikan agama, silat dan kehidupan kampung, Mat Lela belajar erti maruah dan kebebasan. Menyaksikan tanah rakyat dirampas dan air mata orang kampung tumpah, beliau bangkit bersama tokoh-tokoh besar seperti Tok Gajah dan Mat Kilau, merancang penentangan terhadap penjajah. Serangan demi serangan dilakukan. Pos British di Kuala Lipis digempur, bendera Union Jack dijatuhkan dan api semangat perjuangan membakar seluruh hulu Pahang. Namun, pengkhianatan dari dalam membuka jalan kepada serangan balas British. Komik Mat Lela 1 mengungkapkan awal perjuangan Mat Lela, bukan sekadar kisah tentang pedang dan senjata, tetapi tentang kesedaran, tekad dan sumpah seorang anak bangsa untuk mempertahankan tanah airnya. |