Tajuk : Kit Ibadah Zakat
Penulis : Abdul Razak Abdul Talib /Mohd Noor Sahidi Johari
Sinopsis :
Senario pada zaman moden ini, zakat dilihat sinonim dengan bulan Ramadan dan Syawal. Hal ini kerana bulan itu berkait rapat dengan pembayaran zakat fitrah. Namun realitinya, kita bukan sahaja wajib membayar zakat fitrah, malah lebih daripada itu.
Kelebihan buku ini:
• Mengandungi huraian tentang jenis zakat berserta kaedah pengiraannya yang ringkas, mudah dan praktik berdasarkan contoh situasi.
• Turut memerihalkan hukum zakat semasa, golongan yang berhak menerima zakat dan isu-isu zakat di Malaysia.
Antara isu menarik yang dibincangkan:
Emas yang dipakai melebihi kadar kebiasaan wajib dikenakan zakat.
Wang simpanan yang disimpan di dalam bank tidak terkecuali daripada zakat.
Orang yang memberi hutang wajib mengeluarkan zakat ke atas hutang.
Hukum mengagihkan zakat sendiri tanpa dibayar kepada. amil yang dilantik pemerintah.