Judul : Himpunan Doa Allahumma Dan Rabbana (Edisi Kemas Kini)
Penyusun : Mohd Hariri Mohamad Daud
Tahun terbit : Julai 2026
Saiz (inci) : 5.0” x 7.25”
ISBN : 978-629-7836-36-2
Muka surat : 136
Harga : RM15.00/ RM18.00
Berat (g) : 196g
Sinopsis :
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”
(Surah al-Mu’min 40, ayat 60)
“Allahumma” dan “Rabbana”, yang bermaksud “Ya Allah,” dan “Wahai, Tuhan kami", panggilan penuh harapan daripada seorang hamba kepada-Nya Yang Maha Mendengar. Kerana doa itu bukan hanya tentang meminta, tetapi bagaimana hamba itu meletakkan seluruh pengharapan hatinya kepada Allah SWT, pada saat dirinya sedang kuat mahupun ketika rapuh.
Mungkin hari ini kita okey. Mungkin ada masa kita tidak okey sepenuhnya. Apa pun keadaan kita, doa selalu ada untuk dilafazkan kata-katanya.
Saat hati buntu, ada doa yang boleh dibaca, demi mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
Saat rasa berserabut, ada doa yang boleh menenangkan.
Kerana kita tak perlu tunggu sempurna untuk mula berdoa dan tak perlu tahu semua doa untuk kita rasa dekat dengan Allah SWT.
Moga setiap lafaz doa yang dibaca bakal menjadi penawar yang perlahan-lahan menyembuhkan.