Cart
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
EXODUS
1/ 6

EXODUS

Dia hanya tahu lari dari kisah silam dan kesengsaraan. Tapi dia sedar ia bukan solusi buat segala-galanya.
RM30.00 MYR
RM0.00 MYR
Quantity
Only 50 left
Volume Pricing
Quantity
Price
1+
RM30.00 MYR each
Worldwide shipping available
Secure payments
Trusted packing

Judul : EXODUS

Penulis : Lokman Hakim

Tahun terbit : April 2026

Saiz (inci) : 5.0” x 7.5”

ISBN : 978-629-7836-25-6

Muka surat:408

Berat (g) : 500g


Sinopsis
“Kenapa? Awak harus dapat pengadilan sebaik mungkin. Awak ada tanggungjawab yang lebih besar.” – Amelia
“Pengadilan yang terbaik adalah tali gantung. Aku dah bunuh orang. Itu pasti. Satu-satunya tanggungjawab yang aku ada adalah menerima hukumanku.” - Uwiz

Uwiz hanya mahu mencari sebuah dunia hanya untuk dirinya saja. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah adiknya, Khalid yang telah membunuh kedua-dua ibu bapa mereka.
Demi mendapatkan EXODUS, peranti yang ditawarkan oleh S.A, Uwiz sanggup mengorbankan adiknya demi keinginannya itu. 


S.A pula, makhluk asing yang diperangkap oleh K.A, namanya seakan-akan Khairul Aming, tapi dia? (mungkin ia) juga makhluk asing yang dikenali sebagai Kapitalisme Alien tiada jalan lain selain menjual EXODUS supaya dia dapatkan Gerbang Kausar untuk kembali ke planet asalnya. 


Pertemuan Uwiz dan S.A menjadikan mereka seperti pelarian, masuk dan keluar melalui EXODUS melepasi pelbagai exoplanet dan Bumi Alternatif untuk lari dari K.A yang terus mengejar mereka.
Dari satu exoplanet ke exoplanet lain, dari satu Bumi Alternatif ke Bumi Alternatif, Uwiz terus gagal menemui apa yang dicari. EXODUS menjanjikan kebebasan, tetapi yang tiba hanyalah kehampaan sebelum Amelia, kekasih Uwiz hadir untuk membawa sinar bahawa harapan mereka masih ada.


Mampukah Uwiz menemui kebahagiaannya? Adakah S.A akan berjaya menewaskan K.A daripada ketamakannya dan mendapatkan kembali Gerbang Kausar miliknya?


Segalanya jawapan ada mereka sendiri dan mereka perlu singkap sedalam-dalamnya.